fb fb fb fb fb

Kren pembinaan terbalik, halang lalu lintas

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang

BAYAN LEPAS, 16 Mei- Sebuah kren pembinaan dengan berat 25 tan tergelincir dari tapak pembinaan dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan, kren terbabit telah terbalik dan menghalang lalulintas.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.10 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Kerja-kerja pengalihan kren terbabit dilakukan dengan bantuan dua kren milik swasta.

“Setelah pengalihan dibuat, pihak bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa tumpahan minyak di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID