fb fb fb fb fb

KPT sokong penganjuran karnival pendidikan, kemahiran dan kerjaya

Foto RTM

KOTA KINABALU, 11 Mei- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyokong usaha institusi awam dan swasta menganjurkan karnival pendidikan, kemahiran dan kerjaya.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, ia dapat meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dalam negara.

Program berkenaan juga berupaya membuka lebih banyak peluang kepada belia tempatan dan memperkukuh kerjasama akademik-industri di rantau ini.

"Ini akan merapatkan jurang dan ketidakpadanan antara apa yang dipelajari dengan apa yang ditawarkan.

"Kita harap ini akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar agar memilih kursus terbaik yang diperlukan industri serta menepati kelayakan mereka," katanya.

Beliau ditemui media dalam Karnival Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya Borneo di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM