KUALA LUMPUR, 9 Mac- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap lebih banyak syarikat-syarikat besar di negara ini memberikan kerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan di peringkat tertinggi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memaklumkan usahawan muda harus diberikan peluang dan panduan dalam merealisasikan potensi terpendam dalam diri mereka.
"Terima kasih kepada semua pemain industri kerana bersama-sama memajukan industri ini. Kami sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat untuk bekerjasama dengan kami," katanya ketika Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (AKKPT 23) di sekitar Kuala Lumpur.
Tambahnya, AKKPT 23 mampu melahirkan usahawan yang mengetengahkan inovasi berskala global, mampu menawarkan solusi permasalahan, meningkatkan produktiviti, sekali gus menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara.