fb fb fb fb fb

KPT bakal laksana pendidikan secara anjal

KOTA TINGGI, 28 Mei - Pelaksanaan pendidikan secara anjal bakal dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk melaksanakan sesi pembelajaran beberapa tahun di universiti dan di rumah secara dalam talian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin berkata perubahan tersebut bagi menarik lebih ramai golongan muda melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
 
Perubahan lain yang dibincangkan ialah tempoh sebahagian kursus dipendekkan dari empat tahun kepada tiga tahun, selain kemasukan ke Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), berdasarkan kepada keputusan peperiksaan awam.
 
"Kita akan tekankan juga kepada latihan industri dan latihan di tempat kerja, maknanya tidak semuanya mesti dalam kelas, kalau latihan di tempat kerja beberapa bulan dalam industri di luar, di lapangan," kata Khaled, di sini.

(Khaled bercakap kepada pemberita selepas Program Semarak Komuniti bersama
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, di sini)

Jelasnya lagi, jumlah permohonan kemasukan ke universiti awam dari tahun 2020 hingga 2022 meningkat hingga 85 peratus.

Media Baharu