fb fb fb fb fb

Ipoh bakal laksana tiada beg plastik setiap Sabtu

IPOH, 28 Mei- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bakal melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan 20 sen pada Sabtu setiap minggu bermula 1 Jun ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menerusi kenyataan berkata, "keputusan pelaksanaan kempen itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dalam kalangan warga Ipoh khasnya dan masyarakat Perak amnya demi menjamin kelestarian alam sekitar."

1,378 premis terlibat dalam program berkenaan, dan kutipan caj beg plastik itu akan dilaksanakan melalui pengeluaran syarat-syarat tambahan dalam lesen atau permit perniagaan.

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan akan diserahkan kepada MBI untuk digunakan bagi melaksanakan program-program kelestarian alam sekitar, pameran taklimat kepada pelajar sekolah dan masyarakat selain kempen kitar semula.

(Foto hiasan)

Media Baharu