fb fb fb fb fb

KPT bakal bertemu KKM, bincang isu graduan perubatan berhijrah ke luar negara

KOTA TINGGI, 23 Disember- Isu graduan perubatan Malaysia bertindak mencari pekerjaan di luar negara, berpunca daripada tiada atau tidak cukup penempatan pekerjaan dalam negara.

Susulan itu, Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan isu tersebut.

Perbincangan akan melibatkan jumlah unjuran penempatan yang boleh disediakan KKM serta jumlah graduan yang boleh disediakan KPT.

Tindakan mengehadkan penempatan, boleh mencetus rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar yang layak mengambil jurusan perubatan.

"Kadang-kadang tempat itu dihadkan kerana tiada pengambilan. Ia bergantung kepada keperluan negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


(Foto Hiasan)

Selain itu, khabar mengenai graduan negara diambil bekerja di luar negara, secara tidak langsung, menggambarkan kualiti pengajaran bidang perubatan di Malaysia.

KPT akan meneliti aspek pembekalan bakat kepada negara luar, yang memerlukan kepakaran.

Katanya ketika mengulas kenyataan bekas Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Adeeba Kamarulzaman, berhubung sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan terbaik UM, berhijrah ke Singapura, setiap tahun.

Media Baharu