fb fb fb fb fb

Penyelidik berpengalaman, tapak kajian jadikan Malaysia lokasi utama penyelidikan

PUTRAJAYA, 23 Disember- Bilangan penyelidik yang berpengalaman serta kemampuan tapak kajian telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama untuk penyelidikan klinikal antarabangsa.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata ini dibuktikan menerusi perjanjian 'Clinical Research Malaysia (CRM)' yang merupakan syarikat perbadanan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dengan syarikat global Syneos Health.

"Kerjasama ini adalah salah satu usaha berterusan CRM untuk memperkuatkan penyelidikan klinikal di negara ini".

"Dengan lebih daripada 2000 penyelidikan klinikal ditaja yang dijalankan sejak 2012 di Malaysia, kolaborasi ini akan membuka peluang baru dalam meningkatkan kualiti penyelidikan klinikal dan penemuan rawatan dan ubat-ubatan tempatan baru", katanya.


(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)

Beliau berucap semasa Majlis Tandatangan antara Clinical Research Malaysia (CRM) dan Syneos Health di Putrajaya.

Tambahnya, Malaysia adalah negara utama di rantau Asia Tenggara terlibat dalam bidang penyelidikan klinikal dan ia merupakan satu kejayaan yang membanggakan.

Dr Zaliha turut memaklumkan Malaysia kini mempunyai dua tapak penyelidikan Fasa 1 yang telah akreditasi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan boleh menjalankan penyelidikan "First-in-Himan".

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kesihatan (Kewangan), Datuk Zamzuri Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan.

Media Baharu