fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan telur di Negeri Sembilan hanya sementara - KPDN

REMBAU, 23 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, menafikan dakwaan stok barangan asas di negeri itu terutamanya telur terputus bekalan.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Zahir Mazlan memberitahu, sebaliknya bekalan telur hanya mengalami gangguan sementara dan berlaku ketiadaan stok di peringkat peruncit dalam masa tertentu.

Pihaknya juga melaksana Op Terjah bagi mengenal pasti isu rantaian bekalan dan harga barangan asas.

"Tiada isu terputus bekalan makanan. Kementerian telah meminta pemborong dan pengeluar menghantar bekalan ke kawasan terjejas," katanya pada pada Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 di sebuah pasar raya di sini.


(Foto Hiasan)

Tambahnya, berlaku permintaan tinggi di sesetengah tempat dan dalam masa sama menunggu bekalan telur dihantar kepada peruncit.

Media Baharu