fb fb fb fb fb

Insiden letupan di Islamabad ragut tiga nyawa

FOTO AFP

ISLAMABAD, 23 Disember- Dua anggota kumpulan militan dan seorang pegawai polis terbunuh manakala 10 orang lagi cedera dalam kejadian letupan sebuah kereta berhampiran kawasan perumahan di Islamabad hari ini.

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa angkara pengebom berani mati.

Serangan berlaku kira-kira 15 kilometer dari bandar Rawalpindi berdekatan pejabat agensi perisik tentera dan kerajaan.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa terdapat kehadiran kumpulan militan di bandar paling selamat di negara itu.

Timbalan Ketua Polis Islamabad, Suhail Zafar Chattha berkata sebelum kejadian itu pegawai polis mendapati sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan rutin.

Namun sebaliknya pemandu kenderaan berkenaan terus meletupkan bahan letupan yang tersembunyi di dalamnya sehingga meragut nyawa seorang penumpang wanita.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif, mengutuk pengeboman tersebut.

Tiada kenyataan daripada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.-AFP


(Pihak berkuasa mengambil bahan bukti tragedi bagi tujuan penyiasatan/AFP)

Media Baharu