KUALA LUMPUR, 27 Februari- Lebih 700 program berkaitan perpaduan, kenegaraan dan Komuniti Rahmah telah dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sepanjang tahun lalu dalam usaha memperkukuh semangat patriotisme dan keharmonian masyarakat.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata sebanyak 152 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) turut diperkasakan sebagai Rukun Tetangga Progresif yang berperanan membangunkan komuniti mampan dan progresif.
“Di bawah program Penghayatan Rukun Negara, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menanam semangat cinta negara, antaranya Debat Perpaduan, Kem Kenali Kita, Kem Perpaduan Anak Malaysia serta Jalinan Integrasi Mahasiswa," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menegaskan bahawa tema Harmoni dalam Kepelbagaian akan menjadi landasan utama hala tuju kementerian bagi tahun 2025 dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.