fb fb fb fb fb

KPM tunggu keputusan siasatan kes dua atlet ditampar

NIBONG TEBAL, 8 Januari- Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu keputusan siasatan kes dua atlet bola tampar remaja yang ditampar jurulatihnya ketika Kejohanan Bola Tampar dekat Johor, baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata siasatan berhubung perkara itu sudah selesai dan dibawa ke unit tatatertib serta integriti KPM untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, proses siasatan yang dilaksana KPM penting bagi memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.

Menerusinya juga, guru terlibat boleh melakukan penjelasan terhadap kes terbabit.

"Siasatan kepada perkara itu telah pun selesai dan ianya dibawa ke unit tatatertib dan integriti KPM. Jadi kita sedang menunggu hasil siasatan tersebut.

"Proses ini sangat penting. Dalam kes ini, kita ada ruang keadilan untuk semua pihak. Guru tersebut juga perlu membuat representasi. Kita tunggu keputusan unit integriti KPM," katanya selepas program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Panchor.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi berhubung isu keganasan terhadap pelajar.

Ekoran insiden itu, jurulatih bola tampar tersebut, Saiful Hadee Amar, 44, memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya dan sedia berdepan tindakan yang bakal diterima.

(Fadhlina Sidek ditemui pemberita pada program Pasar Percuma KADUN Jawi)

Media Baharu