fb fb fb fb fb

KPM sahkan aktiviti perkhemahan bukan anjuran sekolah

(Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang kanvas sementara di lereng
tanah runtuh bagi mengelakkan hakisan tanah berlaku di lokasi tanah runtuh 
berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm Batang Kali hari ini/FOTO BERNAMA)

SUNGAI BULOH, 16 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan penganjuran aktiviti di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang melibatkan guru dan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC Mun Choong bukan anjuran sekolah.

Jelas Menteri, Fadhlina Sidek aktiviti tersebut sebaliknya merupakan anjuran persendirian antara guru.

Bagaimanapun maklumat terperinci aktiviti selama tiga hari itu yang sepatutnya selesai pada pukul 10.00 pagi tadi masih dalam siasatan.

"Tidak...memang bukan anjuran sekolah maknanya ini memang 'trip' persendirian.

"Kami masih menunggu fakta yang tepat mengenai 'trip' tersebut," katanya.

(Fadhlina Sidek)

Beliau berkata demikian semasa melawat keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina menyeru agar keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali diberi ruang dalam menghadapi tempoh genting ini.

Pihak kementerian turut menyediakan sokongan kaunseling dan kewangan terhadap keluarga mangsa.

Setakat ini, 21 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

Media Baharu