fb fb fb fb fb

Vinda Group SEA buka hab baharu, sasar peningkatan pengeluaran

BUKIT RAJA, 16 Disember- Vinda Group Southeast Asia menjangkakan kapasiti pengeluaran serantaunya meningkat sehingga 20 peratus susulan pembukaan hab terbaharunya di Bukit Raja, Selangor.

Presiden Vinda Asia Tenggara, Su Ting Nee berkata pembangunan hab bernilai RM600 juta di tapak berkeluasan 12.14 hektar itu, mencerminkan komitmen pelaburan syarikat di negara ini.

Ia merupakan satu-satunya hab serantau di luar China, mempunyai kemudahan lima dalam satu untuk mengeluarkan dan memasarkan tiga kategori produk termasuk penjagaan bayi dan wanita.

"Kami gabungkan pembuatan, pejabat, gudang, pusat pengedaran dan inovasi kami dalam satu hab. Kesemua kemudahan ini menyasarkan kepada ciri hijau dan keupayaan automasi ke arah transformasi digital," kata Ting Nee kepada pemberita RTM pada pada majlis pelancaran hab serantau tersebut, di sini.

Jelasnya, kemudahan baharu itu turut mencipta 1,400 peluang pekerjaan baharu dengan hampir sepenuhnya merupakan rakyat tempatan.

Syarikat akan memberi fokus kepada pelaburan dalam kemahiran tenaga kerja dan vendor agar memenuhi keperluan teknologi baharu pada masa depan.


(Presiden Vinda Asia Tenggara, Su Ting Nee)

Media Baharu