fb fb fb fb fb

JKKP siasat jika aktiviti pekerjaan punca insiden tanah runtuh di Batang Kali

PUTRAJAYA, 16 Disember- Pasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah diarah untuk mendapatkan maklumat segera mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Namun, disebabkan tumpuan diberi kepada usaha mencari dan menyelamat mangsa terjejas ketika ini, pasukan JKKP belum dibenark memasuki lokasi tersebut.

Menteri Sumber Manusia Sivakumar Varatharaju Naidu maklumkan perkara itu menerusi satu kenyaatan.

"Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), ia merupakan suatu kejadian di luar bidang kuasa JKKP kerana lebih menjurus kepada kejadian bencana alam.

"Namun, JKKP akan menjalankan siasatan lanjut pada kadar segera bagi memastikan tiada aktiviti pekerjaan yang menyebabkan berlakunya insiden tanah runtuh," menurut kenyataan itu.

Sivakumar juga berkata Kementerian Sumber Manusia sentiasa memandang serius sebarang kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan, termasuk kes kejadian berbahaya yang berlaku dalam sektor pelancongan.

(JKKP siasat jika aktiviti pekerjaan punca insiden tanah runtuh di Batang Kali)

Media Baharu