fb fb fb fb fb

Tujuh guru dikenal pasti terbabit tragedi tanah runtuh - Pengerusi PIBG

SUNGAI BULOH, 16 Disember- Tujuh guru wanita antara yang terbabit dalam runtuhan tanah di Batang Kali, awal pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, U Chin Ong berkata dua daripada tujuh orang guru itu ditemui selamat.

Jelasnya, aktiviti persendirian antara kakitangan sekolah termasuk pengusaha dan pekerja kantin itu bermula sejak Rabu dan dijadualkan selesai pukul 10.00 pagi tadi.

“Tiada rekod sebab lawatan ini bukan di bawah PIBG. Ini adalah angka yang kami anggarkan iaitu 23 mangsa. 16 adalah keluarga dan rakan manakala tujuh adalah guru," kata Chin Ong ketika ditemui pemberita RTM, di sini.

Beliau ditemui media semasa melawat keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi runtuhan, The Father’s Organic Farm, Batang Kali, di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki kawasan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highland pada pukul 9.45 malam.

Sebelum itu, kenderaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut dilihat melalui kawasan ini sekitar pukul 9.30 malam.


(Operasi menyelamat giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang terbabit dengan tragedi tanah runtuh)

Media Baharu