fb fb fb fb fb

KPM perkenal Jerayawara Pendidikan Madani

(Foto BERNAMA)

SEREMBAN, 1 April- Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Jerayawara Pendidikan Madani.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ia platform terbaik untuk mendapatkan maklum balas serta mendekatkan warga kementerian keseluruhannya.

Menerusi program tersebut, KPM akan mengadakan pertemuan berkonsepkan santai dengan komuniti pendidikan termasuk guru dan pelajar.

"Ia bukan satu sesi perbincangan yang serius dan KPM akan mendapatkan maklum balas dan reaksi mengenai pendidikan negara ini melalui program itu," katanya kepada pemberita pada program Jerayawara Pendidikan Madani peringkat negeri di sini.

Jerayawara Pendidikan Madani peringkat negeri itu merupakan program pertama yang dilaksanakan.

Program tersebut juga akan dilaksanakan di Selangor selepas ini, sebelum ke negeri-negeri lain.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu