fb fb fb fb fb

KPM harap pelaksanaan K9 mampu tangani keciciran pelajar Orang Asli

(Datuk Dr. Mah Hang Soon ditemu bual media selepas majlis penyerahan sebuah televisyen pintar
untuk 'Smart Classroom Solution' di Sekolah Kebangsaan Jernang, Sungkai, Perak)

SUNGKAI, 26 Ogos - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berharap pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun atau K9, mampu menangani masalah keciciran pelajar khususnya dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pendidikan masyarakat Orang Asli sentiasa dititikberatkan agar mereka lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Jelasnya menerusi pelaksanaan K9, murid Orang Asli perlu menghabiskan sembilan tahun pembelajaran di sekolah sama, bermula tahun satu hingga tingkatan 3.


(Datuk Dr. Mah Hang Soon menyaksikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan sebuah
televisyen pintar iaitu 'Smart Classroom Solution' di Sekolah Kebangsaan Jernang, Sungkai, Perak)

"Jadi buat masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha selain daripada K9, kita nak wujudkan K11, bermaksud 6 tahun pada peringkat sekolah rendah campur dengan 5 tahun iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bersekali, dalam satu compound sekolah rendah, biasanya akan kita wujud kita bina bangunan yang baru, bangunan tambahan dengan guru-guru yang ada dan sebagainya," kata beliau selepas majlis penyerahan sebuah televisyen pintar untuk 'Smart Classroom Solution' di Sekolah Kebangsaan Jernang, di sini hari ini.

Tambah Mah, asrama harian juga akan disediakan kepada mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

Media Baharu