fb fb fb fb fb

Penguatkuasaan Akta Kerja 1995 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Januari 2023

KUALA LUMPUR, 26 Ogos- Pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang dijadual berkuat kuasa 1 September ini, ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor.

"Libat urus bersama pemegang taruh yang berkaitan mendapati pemain industri khususnya majikan memerlukan sedikit masa sebelum pindaan itu dikuatkuasakan dengan mengambil kira isu kekurangan pekerja asing dan pemulihan syarikat pasca COVID-19.

Selepas mendengar pandangan semua pihak, kerajaan membuat kesimpulan bahawa kami perlu memberi tempoh tiga bulan lagi untuk pemulihan ekonomi, jika tidak, saya hanya bimbang jika industri terjejas, ramai akan kehilangan pekerjaan," katanya pada sidang media khas, di sini.

(Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia)

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan adalah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan penangguhan itu akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023, tanpa mengira sebarang alasan diberikan oleh majikan.

Pada 21 Mac lalu Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kerja 1955.

Media Baharu