fb fb fb fb fb

KPM bincang kenaikan gaji guru mengikut kelayakan akademik

(Foto BERNAMA)

NIBONG TEBAL, 27 Mei- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berbincang berkenaan saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik yang lebih tinggi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan ia mestilah selari daripada segi integriti kualiti serta perkhidmatan perguruan.

"Ia sebagai bentuk pengiktirafan kepada guru-guru. KPM mengambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana diumum perdana menteri. Ia akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih. Perkara itu juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi galakan dan tiada sebarang halangan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana integriti perguruan serta kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu