NIBONG TEBAL, 27 Mei- Mengukuhkan hubungan baik antara kerajaan dan penduduk setempat antara objektif pelaksanaan program Karnival Kita Madani peringkat Seberang Perai Selatan di Sungai Duri, di sini.
Ia melibatkan 39 jabatan dan agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat.
Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said berkata program tersebut dapat mengumpul dan merapatkan silaturahim antara masyarakat.
"Disamping memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kami juga berusaha mengukuhkan hubungan baik antara masyarakat di kawasan sekitar. Kita juga mahu mewujudkan satu hubungan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat," katanya kepada pemberita di sini.
Program tersebut dilihat mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan lebih baik.
(Ia melibatkan 39 jabatan dan agensi kerajaan yang memberikan
perkhidmatan kepada penduduk setempat)