fb fb fb fb fb

KPM beri kelonggaran hadir sekolah tanpa pakaian seragam

(Fadhlina Sidek)

NILAI, 15 Mac- Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar yang kurang berkemampuan dalam menyediakan seragam sekolah untuk hadir ke sekolah pada sesi persekolahan baharu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pengecualian itu diberikan bagi memudahkan urusan ibu bapa terutama mereka yang terjejas akibat banjir.

"Dalam isu pakaian seragam sekolah ini, kita (KPM) ada beberapa ruang sebenarnya iaitu ruang kemanusiaan, misalnya dalam konteks banjir di Johor.

"Sebab itu saya sebut tadi, datang je sekolah, pakai lah baju apa pun, asalkan berbaju. Sebab kita tak nak beban kerana soal baju (seragam) itu sahaja, kita tak dapat selesaikan dan mereka dinafikan daripada pendidikan," beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Seminar Membangunkan Malaysia Madani di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, di sini.

Fadhlina turut memaklumkan, kementerian bersetuju supaya pelajar dibenarkan memakai t-shirt yang menggambarkan sekolah mereka, jika ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan seragam itu.

(Fadhlina Sidek)

Media Baharu