fb fb fb fb fb

KPLB peruntuk RM2.5 juta laksana Program Tuisyen Khas anak pekebun kecil getah

(Mahdzir Khalid/BERNAMA)

PADANG TERAP, 27 Mac - Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi pelaksanaan Program Tuisyen Khas kepada anak-anak pekebun kecil yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kelas tuisyen untuk 3,000 pelajar itu akan dilaksanakan di seluruh negara di kawasan pekebun kecil RISDA.

"Pusat tuisyen untuk anak-anak pekebun kecil ada sebanyak 25 pusat untuk SPM 2022 dan di Padang Terap ini kita ada lima pusat tuisyen iaitu SMK Padang Terap, SMK Datuk Syed Ahmad, SMK Kuala Nerang, SMK Naka dan SMK Pedu.

"Ini semua adalah tanggungjawab sosial daripada RISDA untuk pekebun-pekebun kecil di seluruh negara," katanya.

(Mahdzir pada majlis RISDA Prihatin Pekebun Kecil Makmur Peringkat Negeri Kedah di Kuala Nerang)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis RISDA Prihatin Pekebun Kecil Makmur Peringkat Negeri Kedah di Kuala Nerang.

Jelas Mahdzir, RISDA akan menyediakan guru untuk kelas tuisyen anak-anak pekebun kecil yang bakal menduduki SPM tahun 2022.

Media Baharu