fb fb fb fb fb

KPKT umum peruntukan pembinaan infrastruktur awam di Bahau

JEMPOL, 13 Jun - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan sebanyak RM31.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di sekitar Bahau, Negeri Sembilan menerusi Program Sentuhan Kasih KPKT.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming peruntukan itu meliputi 19 projek untuk mempertingkat keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

"Kita telah akan membawa peruntukan RM1.2 juta untuk disalurkan kepada Majlis Perbandaran Jempol, yang pertama RM500,000 untuk menaik taraf pasar awam Bahau , RM500,000 untuk bina Dataran Meranti dan RM200,00 untuk baik pulih medan niaga Bahau ini, tiga projek bawah majlis perbandaran," kata Nga Kor Ming di sini.

(Nga Kor Ming ditemui media pada Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB)
di Medan Niaga Bahau Dua, Jempol)

Dalam perkembangan lain, KPKT turut meluluskan RM24 juta untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Datuk Johan, RM1.1 juta untuk membaik pulih beberapa blok di Rumah Pangsa Taman Bahau Indah.

Selain RM2.98 juta bagi membina sebuah balai bomba baharu di FELDA Palong Enam, RM1.76 juta untuk 10 buah projek antaranya pelebaran dan menurap semula jalan serta menaik taraf dewan orang ramai, RM7.04 juta bagi melaksanakan kerja kerja-kerja yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk di Jempol.

Sementara itu, peruntukan sebanyak RM24 juta bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di daerah Jempol yang dijangka bakal dibina pada tahun hadapan.

Nga Kor Ming berkata, pembinaan rumah PPR itu melibatkan 8.78 ekar tanah di kawasan Kampung Datuk Johan di Dun Serting.

"Kita buat itu mengikut keperluan dan juga kehendak rakyat di sana ada juga rakyat yang tidak mahu tinggal di rumah rumah pangsa, dia lebih cenderung kepada rumah yang harta tanah dan kita akan bina ikut kawasan juga seperti yang kita buat PPR di bandar di Seremban,  kita terpaksalah buat rumah bertingkat," kata Nga Kor Ming di sini.

Dalam pada itu, projek itu diharap dapat memenuhi keperluan perumahan kepada penduduk yang memerlukan.

Media Baharu