(Foto hiasan)
DAMANSARA, 13 Jun- Laporan Statistik Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Negara akan diterbitkan setiap suku tahun berbanding secara tahunan ketika ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata langkah itu sebahagian usaha kerajaan mengurangkan jurang pendapatan rendah.
Selain menjadi penanda aras dan membantu menggubal dasar gaji progresif, statistik gaji juga membantu golongan majikan dan pekerja lebih sensitif terhadap permintaan pasaran buruh.
(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)
Cadangan laporan itu akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri minggu ini.
"Sebelum kerajaan mengumumkan apa-apa statistik ataupun data yang belum pernah dibuat perlu dimaklumkan kepada Kabinet dan insyallah akan diumumkan selepas Raya Haji", katanya.
Laporan itu meliputi bilangan individu yang bekerja dan gaji median berdasarkan kategori pekerjaan, kumpulan umur dan pencapaian pendidikan.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Panduan dan Aplikasi Belanjawanku 2022/2023.