fb fb fb fb fb

RM6.935 juta untuk laksana projek fizikal pelancongan di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 13 Jun - Sebanyak RM6.935 juta disalurkan bagi pelaksanaan 15 buah projek fizikal pelancongan di Negeri Sembilan bagi tahun 2021 hingga 2023.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata peruntukan itu dibelanjakan bagi memastikan keupayaan negeri itu sebagai lokasi pelancongan.

Ini terutama apabila negeri itu mempunyai lokasi pelancongan ketenteraan di Port Dickson dan mempunyai 70 perkampungan orang asli yang boleh diangkat sebagai lokasi pelancongan kebudayaan.  

"Muzium tentera darat Port Dickson merupakan muzium tentera darat terbesar di Malaysia dan setanding dengan muzium tentera luar negara berdasarkan kelengkapan infrastuktur dan pengisian dalam muzium ini.

"Selain itu kita juga mempromosikan muzium ini melalui pameran dan jerayawara jom cuti-cuti Malaysia menerusi penyertaan agensi pelancongan di Negeri Sembilan, berkaitan perkampungan orang asli, ini adalah satu cabang tarikan yang boleh kita hidangkan kepada pelancong di luar sana," kata Khairul Firdaus, di Dewan Rakyat.

(FOTO HIASAN)

Tambahnya, MOTAC mengalu-alukan cadangan serta menyokong sebarang permohonan projek pembangunan yang mampu memberi nilai tambah dan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Khairul Firdaus menjawab pertanyaan tambahan wakil Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias di parlimen berhubung kawasan di Negeri Sembilan yang berpotensi dimajukan lokasi pelancongan dan memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat.

Media Baharu