fb fb fb fb fb

KPKT mohon bajet tambahan RM26.35 juta, demi kesejahteraan rakyat

(Menteri KPKT menyempurnakan Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan
Kempen Keselamatan sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Pavilion Bukit Jalil/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memohon bajet tambahan sebanyak RM26.35 juta kepada kerajaan demi untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata bajet itu diperlukan bagi pengurusan bencana untuk memperoleh aset kritikal dalam meningkatkan kecekapan operasi dan penyelamatan ketika bencana.


(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

"Demi untuk memperlengkapkan lagi peralatan bomba, saya telah berbincang dengan pengurusan tertinggi kementerian. Kementerian akan memohon bajet tambahan sebanyak RM26.35 juta. Saya berdoa agar bajet ini akan dibentangkan pada 24 Februari.

"Saya menaruh harapan yang tinggi permohonan bajet tambahan ini, saya yakin akan mendapat kelulusan daripda Kementerian Kewangan", katanya kepada media
selepas merasmikan Program Kesiapsagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan sempena Tahun Baru Cina 2023 di ibu negara.

Pada majlis itu beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak leka khususnya di musim perayaan bagi mengelak berlakunya kerugian harta benda dan nyawa.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Media Baharu