fb fb fb fb fb

Pemerkasaan perpaduan masyarakat berbilang kaum intipati Pemukiman Anggota Menteri Kerajaan Perpaduan

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

PUTRAJAYA, 16 Januari - Pemerkasaan perpaduan masyarakat berbilang kaum antara intipati dalam Pemukiman Anggota Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung semalam.

Ini penting bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terbela.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan jelasnya, hala tuju dan penetapan prestasi utama (KPI) di setiap kementerian turut dibincangkan.


(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melakukan pemeriksaan kawalan kehormat daripada
dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat pada majlis penganugerahan pangkat Timbalan Kanan
Pesuruhjaya Bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Putrajaya) 

"Semua menteri diberikan KPI masing-masing dalam tempoh 100 hari. Bagi KPKT, saya hari itu dah umumkan tujuh KPI yang sedang giat dilaksanakan, saya yakin di bawah pengurusan tertinggi kementerian kami akan mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan," kata beliau ketika ditemui selepas majlis penganugerahan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini hari ini.

Sejumlah 27 anggota jemaah menteri dan 10 pegawai kanan kerajaan terlibat dalam Pemukiman Anggota Menteri semalam yang diadakan di Putrajaya.

Terdahulu, ahli Parlimen Teluk Intan itu dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh JBPM yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau kemudiannya turut melakukan tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat daripada dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat.

Media Baharu