fb fb fb fb fb

KPKT cadang tapak percuma bina PPR

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengutamakan cadangan tapak percuma dan nominal daripada kerajaan negeri untuk pembinaan Program Pembangunan Rakyat (PPR).

Ia bagi menyegerakan pembangunan PPR tersebut.

Bagaimanapun, KPKT memerlukan tiga cadangan lokasi untuk memastikan implikasi kos pembinaan supaya ianya tidak melibatkan kos yang tinggi selain lokasi yang berdekatan pusat bandar.

Menurut Timbalan Menteri KPKT Akmal Nasrullah Mohd Nasir, "jadi bagi mengatasi masalah yang sering berulang sebelum ini, kementerian mohon supaya permohonan yang dikemukakan itu tiga lokasi. Jadi sekurang-kurangnya daripada kerajaan negeri boleh tawarkan satu.

"Apabila pertimbangan itu tidak sesuai, kita tidak mahu kerajaan negeri terlepas peluang tersebut. Setakat ini proses itu berjalan lancar, cuma kita masih ada beberapa negeri yang masih dalam perbincangan untuk mengenal pasti tapak yang sesuai," katanya di Dewan Negara ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Husain Awang berkaitan pertimbangan kerajaan ke atas pembinaan kediaman PPR di negeri-negeri yang tidak memiliki tapak yang sesuai.

Akmal Nasrullah turut memaklumkan kementerian mendapat respon positif mengenai cadangan tapak, namun terdapat beberapa rundingan masih belum mencapai kesepakatan.

(Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Media Baharu