fb fb fb fb fb

Kerjasama ASEAN penting kekang pencerobohan sempadan negara

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kementerian Pertahanan tidak pernah berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan ke atas sempadan negara.

Perkara itu sejajar dengan agenda Kertas Putih Pertahanan iaitu kedaulatan negara akan terus dipertahan sama ada di laut, darat dan udara.

Ruang diplomasi pertahanan menjadi platform terbaik bagi membangkitkan isu pencerobohan melibatkan nelayan asing dan ruang udara.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, "kerjasama pelbagai hala melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), kerjasama sub rantau dan kerjasama dua hala merupakan pendekatan terbaik dalam mengurus isu keselamatan tradisional dan bukan tradisional.

"Ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak di peringkat kerajaan, ketenteraan dan agensi penguatkuasaan. Kesemua ini merupakan komponen penting dalam strategi perkongsian berwibawa seperti terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan negara dalam mempertahan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah," katanya di Dewan Negara ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah berhubung solidariti negara ASEAN dalam memastikan rantau ini aman daripada campur tangan kuasa besar dunia.

(Adly Zahari)

Media Baharu