KUALA LUMPUR, 21 Jun- Cadangan penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF) bertujuan memastikan kestabilan dan daya tahan kewangan serantau selain berperanan menjadi platform kerjasama kewangan bagi 68 negara asia.
Perkara tersebut sekali gus membantu menangani krisis mudah tunai.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, "tiada tarikh lagi, ini baru cadangan. Pertama Jepun dan kedua Malaysia. Jika kita terima bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ia lebih kepada negara barat yang cuba menguasai sebelah kita. Contohnya, Indonesia yang menerima bantuan daripada IMF, tetapi kita tidak terima bantuan itu.
"Sekiranya ada AMF, kaedahnya tidak sama kerana perbezaan sudut pandangan barat dan timur selain mengenakan syarat yang lebih mudah bagi membantu negara asia," katanya di Dewan Negara ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Razali Idris.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan agar AMF disemak pada Februari lalu di Bangkok.
Bagaimanapun, cadangan sama pernah diutarakan Jepun ketika menangani Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.
(Ahmad Maslan)