fb fb fb fb fb

Razarudin dilantik Ketua Polis Negara, Ayob Khan Timbalannya

(Razarudin Husain dan Ayob Khan Mydin Pitchay)

PUTRAJAYA, 21 Jun- Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Polis Negara, sementara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalannya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Razarudin Husain dilantak secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa bermula 23 Jun ini hingga 22 Jun 2025, manalaka pelantikan Ayob Khan bermula 23 Jun ini.

"Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis memperkenan pelantikan kedua-dua mereka mengikut Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin Husain, 61, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara bermula tahun 2021 sehingga kini.

Sementara itu, Ayob Khan, 57, yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merupakan kelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari UKM.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada 2022 serta Ketua Polis Johor pada 2020 hingga 2022.

"Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini," menurut kenyataan.

(Razarudin Husain dan Ayob Khan Mydin Pitchay)

Media Baharu