KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam bidang pertanian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Chan Foong Hin berkata kementerian akan memberi inisiatif kepada golongan belia melalui bantuan seperti Agroprenuer Muda.
"Sokongan yang diberikan kementerian ini akan diberikan kepada golongan anak muda untuk menceburi diri dalam pertanian.
"Kementerian kita melalui pelbagai jenis program akan mendidik anak muda menerusi pelbagai program seperti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Anak-anak muda akan diajar cara bercucuk tanam, pertanian, perikanan dan sebagainya.
"Kita juga menggunakan pendekatan teknologi seperti dron untuk menarik perhatian golongan berkenaan," kata Chan selepas menjadi tetamu Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.
Tambahan beliau, keterjaminan makanan akan terus diberikan melalui subsektor utama sektor agromakanan.