fb fb fb fb fb

Banjir: Polis Perak lakukan pemantauan berkala, pastikan kediaman penduduk selamat

Ketua Polis, Datuk Seri Mohd Yusri/BERNAMA

IPOH, 30 Oktober- Pemantauan secara berkala akan terus dilakukan oleh Polis Perak terutama ketika musim banjir bagi memastikan kediaman penduduk yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, rondaan bot akan digerakkan selain penggunaan aset udara khususnya di kawasan terjejas.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan kepada masyarakat agar melaporkan kediaman yang ditinggalkan kepada pihak polis.

"Mengikut pengalaman lepas, rumah yang mereka tinggalkan ini, kita akan pantau dari semasa ke semasa. Pihak saya juga ada membuat rondaan secara berkala, kalau kawasan itu banjir, kita akan buat rondaan melalui bot-bot yang kita gunakan, ataupun cara lain melalui udara dan sebagainya untuk memastikan rumah mereka selamat, tidak perlu bimbang keselamatan akan terjamin dan rondaan akan dibuat setiap masa", katanya.

Tambahnya lagi, Polis Perak telah membuat persiapan dari segi logistik dan sumber manusia bagi menghadapi fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah dan Meniti Kerjaya Dalam PDRM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari, Ipoh, pagi tadi.

ROSLINA BINTI DIN