fb fb fb fb fb

200 pemimpin mahasiswa sertai Bengkel Percambahan Minda MADANI Mahasiswa PERSADA

Sesi bergambar peserta Bengkel Percambahan Minda MADANI Mahasiswa PERSADA

PORT DICKSON, 30 Oktober 2023– Seramai 200 orang pemimpin mahasiswa menyertai Bengkel Percambahan Minda MADANI Mahasiswa Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) 2023 di Port Dickson.

Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), FELDA, Yayasan FELDA dan Majlis Perundingan PERSADA Kebangsaan (MPPK).

Kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri berkata bengkel yang berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober itu bertujuan melengkapkan diri para peserta dengan ilmu dan kemahiran insani sebagai bakal pelapis kepimpinan generasi akan datang.

Selain itu, ia juga sebagai persediaan untuk mendepani cabaran yang mendatang di samping menyuburkan nilai-nilai murni sahsiah dalam membina peradaban negara bangsa berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Program yang melibatkan kepimpinan mahasiswa daripada 20 universiti awam dan satu universiti swasta iaitu Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM, Datuk Awang Alik Jeman.

"Program turut disantuni oleh Ketua Pengarah, JPT Prof. Dr Azlinda Azman pada 28 Oktober 2023 (Sabtu).

"Panel bagi Forum Hala Tuju Generasi Baharu FELDA ke arah Membangun Malaysia MADANI terdiri daripada Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pengarah Besar (Operasi) FELDA,  Izham Mustaffa dan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim, menurut kenyataan itu.

Majlis perasmian penutupan dan sijil penyertaan kepada wakil-wakil universiti telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT, Hirman bin Awang, mewakili Ketua Pengarah, JPT, Prof. Dr Azlinda binti Azman.

Pada majlis tersebut, beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada mahasiswa PERSADA untuk menyiapkan diri sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

ROSLINA BINTI DIN