fb fb fb fb fb

Kajian, pindaan undang-undang syariah sesuai keadaan semasa

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kajian dan pindaan terhadap undang-undang syariah sesuai dengan keadaan semasa meliputi bidang kuasa, kecekapan pengurusan kes, kelancaran perbicaraan dan keberkesanan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan.

Perkara itu dilakukan menerusi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha lain yang dilakukan adalah penyeragaman pentadbiran pengurusan kes melalui pembinaan kaedah, arahan amalan, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta peningkatan kemahiran personel Mahkamah Syariah melalui program latihan.

"Peningkatan kemahiran mahkamah-mahkamah Syariah boleh dilakukan melalui program latihan yang dianjurkan Bahagian Latihan JKSM dan agensi-agensi lain di dalam dan luar negara.

"Penambahbaikan operasi dan perkhidmatan sokongan keluarga oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) antaranya dana pendahuluan nafkah, perkhidmatan BSK Transit dan pemfailan keskes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah mahkamah.

"Melalui sistem E-Syariah Versi 3 yang menyediakan kemudahan e-filing, e-review dan platform perbicaraan secara dalam talian; dan Menggalakkan inovasi dalam pengurusan kes dan pentadbiran di mahkamah Syariah negeri-negeri," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkenaan hak dan kedudukan mahkamah syariah yang termaktub dalam Perlembagaan dan memperluas fungsinya untuk mengangkat martabat undang-undang syariah bagi umat Islam.

Bagaimanapun rundingan bersama-sama pihak berkuasa agama negeri akan diadakan bagi memastikan usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur, seragam dan harmoni.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI