fb fb fb fb fb

KPKM akan siasat dakwaan BARIM

Datuk Seri Mohamad Sabu pada sidang media selepas melawat ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd sempena program Santai Akuakultur Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Media di Rawang

RAWANG, 21 Januari- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat kenyataan Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), yang mendakwa terdapat 'games' (permainan) berkaitan isu beras dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya bagaimanapun tidak mahu menuduh sesiapa dan sebarang tindakan selanjutnya akan dibuat berdasarkan hasil siasatan.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi kita memandang serius apa saja perkara termasuk struktur hal beras dan padi itu yang dibentuk pada tahun 2008, apakah perlu dikaji semula.

"Pihak kerajaan akan menilai semula daripada struktur organisasi beras di Malaysia ini,"katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan menangani dengan baik masalah seperti dakwaan benih padi sah yang tidak bermutu diedarkan sejak 10 tahun lalu kepada pesawah.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu juga mengulas mengenai pertemuan antara Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) pada jumaat lepas yang membincangkan isu-isu berkaitan industri padi dan beras masih lagi diperingkat perbincangan dan sisatan

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd sempena program Santai Akuakultur Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Media di Rawang, Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE