fb fb fb fb fb

KPK kaji produktiviti tanaman pekebun kecil

SIBU, 6 Januari- Kementerian Perladangan dan Komoditi akan mengkaji produktiviti hasil pengeluaran tanaman pekebun-pekebun kecil bagi meningkatkan hasil pendapatan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya sedang mencari jalan agar produktiviti hasil tanaman para pekebun kecil dapat ditingkatkan dan tidak hanya bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja.

Jelasnya, langkah itu diambil bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka selain memberi galakkan untuk menanam tanaman yang lain.

"Kita kena mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan produktiviti mereka. Penghasilan benih, proses penanaman, pemuliharaan serta proses pengeluaran supaya kita dapat melihat cara meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil kita," katanya pada sidang media di Lembaga Lada Malaysia (MPB) di pejabat cawangan daerah Sibu.

MPB turut mempertimbangkan jenis tanaman yang lain dan sesuai untuk pekebun-pekebun kecil supaya dapat meningkatkan pendapatan mereka yang bukan sahaja bergantung kepada tanaman lada sahaja.

Fadillah memulakan siri lawatan dan kerja rasminya ke Sarawak dalam usaha untuk merapatkan hubungan diantara Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

(Fadillah Yusof ketika lawatan di MPB Sibu)

Media Baharu