fb fb fb fb fb

NesCOM pusat koordinasi bagi kesiapsiagaan hadapi bencana

SEREMBAN, 6 Januari- Kerajaan negeri mewujudkan Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) sebagai pusat koordinasi maklumat dan logistik bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia berfungsi dengan cara mengumpul data-data berkaitan seperti paras air sungai, tanah runtuh, keadaan jalan dan ramalan cuaca seterusnya akan dipaparkan di NeSCOM.

Ia dapat menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan tepat untuk membantu masyarakat dan pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan bencana.

"Dengan adanya Nescom ini, ia dapat mempercepatkan apa juga keperluan untuk bantuan disegerakan.

"Jadi ini akan dapat membantu rakyat bagi menghadapi bencana, apabila diperlukan kita bersedia," katanya pada Majlis Perasmian Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) di Seremban.

Kerajaan Negeri berpandangan NeSCOM merupakan nilai tambah kepada pelan bencana yang ada di seluruh negara.

NeSCOM akan beroperasi selama 12 jam dalam sehari, dan beroperasi secara 24 jam sekiranya berlaku bencana berterusan.

(Aminuddin Harun)

Media Baharu