fb fb fb fb fb

KPDNHEP periksa 57,438 premis perniagaan di Pahang

KUANTAN, PAHANG, 28 Oktober-  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang telah menjalankan pemeriksaan ke atas 57,438 premis perniagaan di seluruh negeri itu sehingga Oktober tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mark Ujin dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu sebanyak 652 aduan telah diterima dan disiasat yang mana isu yang kerap diterima adalah berkaitan aduan harga barang.

Daripada jumlah itu juga, 686 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM754,272.89 dan kompaun sebanyak RM144,300.

Katanya, KPDNHEP Pahang sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala dan proaktif di setiap rantaian perniagaan bagi memastikan peniaga menjalankan perniagaan secara beretika, tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan yang tidak munasabah serta melindungi hak-hak pengguna dan Keluarga Malaysia.

Malah seramai 127 anggota penguat kuasa yang melibatkan enam cawangan di seluruh negeri Pahang melakukan pemantauan ke atas premis-premis perniagaan di semua peringkat rangkaian pengedaran bermula dari peruncit, pemborong hinggalah ke peringkat pengeluar.


Media Baharu