fb fb fb fb fb

KPDNHEP Perak kesan 440 kesalahan harga, 11 kes mencatut

IPOH, 18 Julai- Sebanyak 440 kesalahan berhubung harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan 11 kes mencatut dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP) Perak, sehingga 30 Jun.

Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, ia melibatkan nilai kompaun keseluruhan RM100,000.


(Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional
dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamhari)

Dalam tempoh sama, 44,669 premis telah diperiksa menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negeri.

"Terdapat beberapa operasi dilaksanakan antaranya Ops Catut 9.0, Ops Rantai 8.0, Ops Pasar dan terbaru Ops ATM (ayam, telur dan minyak masak) bagi memantau harga keperluan asas seperti ayam, telur sayur, minyak masak dan sebagainya", katanya.

Tambahnya sebanyak 181 aduan harga turut diterima antaranya berkaitan penandaan harga, harga jualan melebihi harga kawalan dan kenaikan harga barang.

Datuk Abdul Yunus berkata demikian pada Mesyuarat Kedua, Tahun kelima, Persidangan Dewan Negeri ke-14 di Ipoh.

Media Baharu