fb fb fb fb fb

KPDNHEP lancar program jaminan lanjutan mampu milik, jamin hak pengguna kereta terpakai

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Program Jaminan Lanjutan Mampu Milik dengan kos pembaikan yang lebih murah dan berpatutan.

Ini Bagi melindungi dan menjamin hak pengguna dalam sektor kereta terpakai.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata program itu memerlukan kereta terpakai tersebut menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti kualiti sebenar serta kemungkinan risiko yang ada.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

"Prosedur yang lebih jelas dan tepat bagi memastikan kereta itu dibeli dengan harga sepadan dengan kualitinya, disitulah kebaikannya kepada pengguna.

"Dengan sistem ini syarikat insuran juga selesa untuk membuat penilaian kereta terpakai itu dengan premium insuran yg lebih murah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jaminan Lanjutan Mampu Milik di ibu negara.

Tambah Alexander, bermula Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,034 daripada 1,126 aduan berkaitan kereta terpakai berjaya diselesaikan melibatkan nilai tuntuan sebanyak RM3.68 juta.

Sementara itu, Alexander berkata KPDNHEP juga sedang mengkaji serta memperhalusi undang-undang Lemon iaitu satu istilah yang sinonim dengan barangan rosak yang diamalkan di negara maju.

Katanya, terdapat keperluan bagi menggubal undang-undang tersebut.

"Mengikut undang-undang lemon, sekiranya pengguna memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka akan layak untuk mendapat pampasan adil daripada pembelian produk yang rosak atau tidak berfungsi seperti sepatutnya.

"Justeru, kementerian kini sedang mengumpulkan maklumat daripada pihak industri dan difahamkan mereka juga tertarik dengan undang-undang lemon ini.

Media Baharu