fb fb fb fb fb

800 lempeng merdeka simbolik patriotik Sekolah Kebangssan Pauh

(Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pauh menyusun lempeng)

PAUH, 30 Ogos- Setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan, pelbagai idea dan kreativiti cuba disampaikan dalam menterjemah semangat kemerdekaan.

Ini termasuklah 60 orang guru dan 800 orang murid Sekolah Kebangsaan Pauh apabila menyediakan makanan tradisional Lempeng Merdeka bersempena sambutan
kemerdekaan esok.

Bagi Guru Penolong Kanan 1 Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Pauh, Noor Halina Ismail, sejak awal pagi kesemua guru dan murid bergotong royong menyediakan makanan tradisi Lempeng yang menggunakan ramuan asasnya tepung.

Menariknya, lempeng yang bertemakan kemerdekaan ini mengikut warna Jalur Gemilang dan disusun sepertimana Jalur Gemilang dengan 800 keping kesemuanya disediakan mewakili kesemua murid.

Selain menyemarakkan kemerdekaan negara, program ini juga bagi mengukuhkan semangat perpaduan antara guru dan murid serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Dalam masa yang sama Noor Halina juga, "mengharapkan supaya generasi baharu ini tidak leka dengan perjuangan yang sebelum ini dan diharap kita sama-sama dapat menyambut kemerdekaan ke-65 ini dengan lebih semangat."

(Guru-guru dan murid-murid SK Pauh bergambar di hadapan 800 keping lempeng Jalur Gemilang)

Beliau ditemui media pada Program Kempen Merdeka di Sekolah Kebangsaan Pauh yang turut dihadiri Exco Negeri yang juga ADUN Pauh, Rozieana Ahmad.

Bagi ADUN Pauh, Rozieana Ahmad berkata, "ianya adalah sebagai salah satu tanda mereka menghargai Jalur Gemilang dan juga untuk menyemarakkan semangat patriotik.

"Macam mana kita dah dua tahun menghadapi pandemik dan sekarang ini endemik, saya rasa kita sama-sama mengajak pelajar ini supaya mereka dapat kibarkan Jalur Gemilang dan tahu erti kemerdekaan."

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pauh turut memberikan kerjasama dan menyokong idea kreatif ini.

Media Baharu