fb fb fb fb fb

Cipta replika guna bahan kitar semula simbolik kemerdekaan

(Datuk Safariah Awang, Pengerusi GPW Kuantan di kediaman Muhammad Shah Ridhuan Abdul Rahman)

KUANTAN, 30 Ogos- Seorang petugas Felda di Felda Bukit Sagu 1, Kuantan,Pahang, mengambil inisiatif mencipta replika helikopter ketenteraan dan meriam daripada bahan terpakai demi menyemai cintakan negara di kalangan warga peneroka.

Muhammad Shah Ridhuan Abdul Rahman berkata replika helikopter, meriam, peluru berpandu dan mortar adalah usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu.

Kira-kira 200 jalur gemilang dan hiasan terpakai yang lain turut menghiasi hadapan rumahnya.

Hasil kreativitinya itu berjaya mencuri tumpuan penduduk setempat.

Ini bukanlah kali pertama projek dilakukan, tahun lepas replika kereta kebal berjaya dihasilkan.

Ilham tersebut direalisasikan menerusi tontonan di youtube dan buku; replika helikopter, meriam dan peluru berpandu itu dicipta.

Menurut Muhammad Shah Ridhuan Abdul Rahman, bukan mudah untuk menghasilkan replika terbaik kerana beliau sendiri telah membuat percubaan sebanyak tiga kali bagi merealisasikan idea menjadi realiti.

Antara bahan utama yang digunakan adalah bahan kitar semula seperti tayar, besi dan plastik.

Tambah Muhammad Shah Ridhuan, untuk "tempat duduk tu saya kutip basikal budak yang rosak tu saya ambil tempat duduk, macam tayar, mesin rumput rosak.

"Untuk 'bearing' yang pecah tu saya kutip di kedai-kedai bengkel, untuk cat saya pakai kualiti untuk tahan lebih lama lagilah untuk nampakkan bentuk helikopter ni."

(Datuk Safariah Awang, Pengerusi Gabungan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Kuantan)

Usaha murni itu bukan sahaja mendapat tumpuan masyarakat setempat, ia turut mencuri hati Pengerusi Gabungan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Kuantan, Datuk Safariah Awang.

Menurut beliau, "bila lalu dekat sini, memang orang nampak sambutan bulan kemerdekaan ni.

"Rumah ni memang selalu buat aktiviti dia. Memang kita tahu dah dia akan buat yang terbaik lah untuk Felda Sagu 1 ni." Jelas Datuk Safariah Awang, Pengerusi GPW Kuantan.

Untuk perancangan tahun hadapan, Muhammad Shah Ridhuan juga telah berazam untuk mencipta replika yang lain sebagai simbolik sempena menyambut bulan kebangsaan demi menyemarakkan semangat patriotik kepada warga peneroka.

Media Baharu