fb fb fb fb fb

KPDNHEP laksana RUU Syarikat (Pindaan) 2022 melalui SSM

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2022 sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

RUU ini juga membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan terutama sekali akibat dari kesan pandemik COVID-19 tetapi mempunyai kemampuan untuk terus berdaya saing memasuki rehabilitasi dengan pemiutang melalui cadangan pindaan yang bersifat fasilitatif.

Jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, SSM juga sedang melaksanakan pindaan RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2022 (RUU PLT).

"Dengan adanya peruntukan ini, mana-mana entiti PLT yang menghadapi masalah kewangan tetapi masih berkemampuan serta berdaya saing boleh memanfaatkan mekanisme penyelamat korporat dengan memasuki pelan rehabilitasi dengan pemiutang mereka," katanya.

Beliau turut memaklumkan SSM telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 Julai sehingga 31 Oktober ini.

Ia dibuat bagi membantu syarikat yang terjejas semasa penularan pandemik serta memulihkan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Datuk Alexander Nanta Linggi

Di bawah insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

"Sebelum ini insetif berkenaan telah dilaksanakan selama empat bulan iaitu bermula 1 Mac 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022 dan semakan status kompaun boleh dilakukan melalui laman web rasmi SSM iaitu ezbiz.ssm.com.my atau email atau hadir di mana mana pejabat SSM di seluruh malaysia," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Betong, Datuk Robert Lawson Chuat.

Media Baharu