fb fb fb fb fb

KPDNHEP buka 6,457 kertas siasatan bagi pelbagai kesalahan

(Alexander pada pada majlis sambutan jubli emas Hari Penguat Kuasa Ke-50 di Penjara Kajang)

KAJANG, 21 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka 6,457 kertas siasatan bagi pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan RM25.94 juta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia menerusi pemeriksaan di lebih 480,000 premis perniagaan di seluruh negara setakat Jun, tahun ini.

"Kesalahan dia selalunya aduan seperti bekalan, harga tidak dipatuhi, itu yang banyak. Dan juga sekarang ini di katakan ada penyelewengan dan penyeludupan, tapi itu tidak berapa banyak," katanya.

(Alexander Nanta Linggi)

Beliau menyatakan demikian pada majlis sambutan jubli emas Hari Penguat Kuasa Ke-50 di Penjara Kajang, di sini hari ini.

KPDNHEP juga menerima 6,706 aduan dan 89.61% daripadanya berjaya diselesaikan.

Pada masa sama, KPDNHEP mengenakan kompaun RM3.33 juta dan jumlah dendanya lebih RM167,000.

Media Baharu