fb fb fb fb fb

136 premis runcit dan 5 premis borong diperiksa KPDNHEP

KANGAR, 21 Oktober- Sebanyak 136 peruncit dan 5 premis borong seluruh Perlis diperiksa sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali yang bermula semalam sehingga 26 Oktober ini.

Hasil pemeriksaan ke atas semua premis mendapati, peniaga mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan serta menggunakan penandaan harga berwarna merah jambu pada lapan barangan harga terkawal.

 
(Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Mohamad Amir Abdullah)

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Mohamad Amir Abdullah, pemantauan dan pemeriksaan berterusan akan dibuat sepanjang tempoh SHMMP Deepavali meliputi peringkat pengeluaran, pemborongan dan peruncitan.

"Skim ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan lapan barangan disenaraikan ialah daging kambing biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang merah besar import dan kacang dal Australia.

"Peniaga akur dan patuh dengan skim harga maksimum yang telah kita tetapkan dimana untuk makluman semua, stok bekalan untuk terutamanya melibatkan barangan kawalan skim harga ini, stok bekalan berada di pasaran, cuma ada yang bilangannya agak kurang sedikit tetapi dipastikan bekalan masih ada di dalam negeri perlis,"katanya kepada media ketika melakukan pemeriksaan dan pemantauan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali di Giant, Kangar bersama lapan pegawai penguat kuasa.

Mengenai bekalan telur ayam di Perlis, pihak KPDNHEP mendapati bekalan masih ada di pasaran namun berkurangan berbanding sebelum ini.

Media Baharu