fb fb fb fb fb

Campak kucing dari tingkat 15, suspek mengaku tidak bersalah

PETALING JAYA, 21 Oktober- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan membunuh seekor kucing pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh, Chan Kam Kin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.


(Tertuduh, Chan Kam Kin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya)

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat ke atas seekor kucing dengan mencampak haiwan itu dari tingkat 15 sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Apartmen Desa Mentari Court, Petaling Jaya pada 17 Oktober lalu.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari 2023 sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Media Baharu