fb fb fb fb fb

1,687 Mahasiswa UiTM cawangan Negeri Sembilan layak terima PerantiSiswa

NEGERI SEMBILAN, 21 Oktober- 1,687 Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan layak menerima PerantiSiswa di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peranti digital bukan lagi menjadi satu kemewahan malah menjadi keperluan kepada mahasiswa kerana semua maklumat pada masa kini lebih mudah dicapai menerusi dalam talian.

Sekali gus Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia memberi pelbagai manfaat kepada mahasiswa.

 
(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Bila mahasiswa dibekalkan dengan peranti, dia punya produktiviti akan meningkat dia punya kerja akan jadi lebih bagus sebab lagi mudah untuk mereka melaksanakan kerja dan kalau kita aspirasi menjadi sebuah negara yang digital saya percaya bantuan seperti ini mestilah menjadi program yang kekal di bawah K-KOM," katanya dalam sidang media Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di UiTM Seremban 3.

Rata-rata pelajar yang ditemui berkata, inisiatif PerantiSiswa ternyata sangat membantu mereka dalam proses pembelajaran dan urusan seharian.

"Saya rasa bersyukur dengan pemberian peranti siswa ini. Jadi saya rasa saya boleh buat kerja saya dengan lebih mudah. Sebab sebelum ini saya memang tiada laptop, saya pinjam kawan, jadi dengan peranti siswa ini saya terus dapat siapkan kerja dan buat sesuatu dengan peranti siswa," kata penerima peranti siswa, Muhammad Shafiq Johari.

"Rasa lega sikit, sebab boleh guna untuk belajar dan pelbagai, buat nota sebab saya memang suka buat nota. Kebanyakkan kawan saya pun dah bermula buat nota dekat digital, saya rasa ini bagus untuk pelajar" kata penerima peranti siswa, Nur Nadia Natasha Mohd Zaidi.

Media Baharu