fb fb fb fb fb

KPDN wujudkan pasukan petugas kenal pasti punca ketirisan minyak diesel bersubsidi

KUALA TERENGGANU, 1 Mac- Pendekatan mewujudkan pasukan petugas melibatkan pelbagai kementerian untuk mengenal pasti punca ketirisan minyak diesel bersubsidi merupakan langkah segera di ambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yakin isu tersebut dapat ditangani dengan berkesan dan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata mesyuarat pertama telah diadakan bersama agensi, antaranya Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pasukan Gerak Am, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)

"Pasukan petugas yang segera ditubuhkan selepas pengumuman rasmi Perdana Menteri semasa pembentangan bajet yang menyatakan hasil negara hilang hampir RM10 billion akibat ketirisan subsidi diesel. Maka saya mengambil tanggungjawab, antaranya meminta Ketua Setiausaha mengadaklan perbincangan segera", katanya.

Beliau menyatakannya selepas hadir menyampaikan sumbangan pakaian seragam kepada 1,000 orang pelajar sekolah rendah di Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof menerusi kenyataan media berkata, KPDN telah melancarkan Ops Tiris bagi tujuan tersebut.

Diesel bersubsidi dijual di stesen stesen minyak pada harga kawalan iaitu RM2.15 seliter.

Harga murah tersebut antara faktor utama peningkatan permintaan daripada industri sama ada untuk kegunaan domestik atau dieksport.

Media Baharu