fb fb fb fb fb

KPDN teliti permohonan, rayuan tambah baik SKDS

FOTO FAIL

PUTRAJAYA, 12 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti beberapa permohonan dan rayuan berkaitan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan berkata, tindakan segera berhubung perkara itu akan dibuat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

"Antara syor yang dikemukakan adalah mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS 2.0; dan meningkatkan kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres," menurutnya menerusi kenyataan itu.

Jelas Armizan jawatankuasa itu turut dianggotai Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri."

TETITIA YUSOFF